Paus Sixtus I
Paus Sixtus I

Paus Sixtus I

Paus Santo Sixtus I atau Xystus (???-126/128), ialah Paus Gereja Katolik Rom sejak tahun 117/119 sehingga 126/128.Dalam masa jawatan kepausannya, ia menetapkan bahawa seorang uskup/keuskupan, semasa mengambil alih kedudukan, perlu mendapatkan persetujuan paus melalui sebuah surat. Ia juga menetapkan beberapa normal untuk upacara dalam misa dan menetapkan bahawa kelengkapan suci hanya boleh dipegang oleh imam.Paus Sikstus I mempunyai hubungan rapat dengan tiga lagu pujian sembahyang (Sanctus atau Kudus), mengenai doktrin Triniti, dan kedudukan Gereja.Ia meninggal sebagai martir, dan dimakamkan di dekat makam Santo Petrus sesuai amanat Paus Paskalis I. Seribu tahun kemudian, bangsawan Alife dari Benevento memohon agar jasadnya dimakamkan di sana. Paus Innosensius II memenuhi permohonan itu. Sesuai dengan cerita rakyat, keldai yang membawa peti jenazah tidak mampu mencapai Benevento dan berhenti di Alatri. Warga bandar tersebut menerima jasadnya dan menguburkannya di sana sehingga semasa ini.